Assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya berblog baru yang berwajah baru walaupun segala-galanya tidak semuanya baru dan blog tetap sedemikian rupa. Walau apapun, blog ini juga akan disayangi seperti blog-blog yang terdahulu yang kewujudannya tidak berapa diketahui ramai dan demikian rupa juga dengan blog ini. Walaupun baru, tetapi perisiannya tetap sama.
Blog baru bermakna cerita baru. Ya, cerita baru sebagai seoorang pelajar yang barusia 18 tahun dan sedang menuntut di sebuah IPTA. Alhamdulillah, rezeki untuk sambung belajar itu masih ada dan hati ini belum tertutup untuk menuntut ilmu. InsyaAllah :)
Buku lama yang terdahulu ditutup dan buku baru kini dibuka. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Maka dengan itu, saya selaku pemilik sah bagi blog ini ingin memperkenalkan diri. Nama yang diberi Nurul Zafirah (fyrah) insyaAllah akan terpahat di batu nisan juga Nurul Zafirah. Pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA dalam jurusan Hospitaliti, dan insyaAllah akan menamatkan pengajian pada tahun 2015 :)
Berblog hanya untuk suka-suka, sebagai pengisian pada waktu yang lapang *agaknya* yang seharusnya diisi dengan masa untuk menyiapkan tugasan yang diiberikan. Oleh kerana Fyrah agak menyayangi otak Fyrah yang terlalu kreatif dan mempunyai imaginasi keanak-anakkan yang tinggi, maka blog ini khas dan khusus untuk diri Fyrah sendiri sahaja. Untuk makluman lebih jelas, Hak Milik Persendirian Sahaja !
Nampaknya cukup sekadar ini sahaja yang dapat dicoretkan sebagai sesi pperkenalan diri, tidak ada yang istimewa dan tidak akan ada yang teristimewa mengenai blog ini. Blog ini hanya yang biiasa-biasa sahaja, belum layak untuk dijadikan sebagai luar biasa. InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki akan menjadi satu yang agak luar biasa dengan zin Allah c:
Hari ini, 10 Julai 2013 bersamaan dengan hari pertama Ramadhan maka dengan ini rasminya blog ini hanya untuk Fyrah seorang :)
Ana akukum filislam. Wasalam.
No comments:
Post a Comment