Tuesday, 4 February 2014

Best tak ada kembar??

Assalamualaikum..

Haa.. Hari tu dah update fasal kembar Fyrah kan? Tak baca lagi, p sergah kat sini :) Best ke ada kembar? Nak tahu kenalah tanya pada sesapa yang bergelar "pasangan kembar" a.k.a yang lahir pada tarikh yang sama, dari rahim yang sama, dari gen yang sama.. Bak kata orang, semuanya sama belaka. Dah namanya kembar kan? Tak kiralah kembar seiras ke, tak seiras ke, janji kalau dah dari rahim yang sama, kembar lah tu.. Nak kepastian lagi, p buka buku rujukan sains tingkatan 4, Chapter 3. Haa... siap bagi tempat rujukan kat mana lagi.. Tu pun kalau betol laaa~


Dah lanjur buka cerita, meh sambung post yang sebelum nie. Kalau dibiarkan lelama kat dalam draft tu, alamatnya sampai basi tak keluar-keluar, bahkan tak akan ada sape yang tahu apa kesudahan post tu. Ceh, macam la ada yang baca a.k.a rajin terjah blog nie -.-' Mengada! Abaikan :P

Okay2, dah.. jom sambung. Macam yang dah Fyrah bagitau dalam post sebelum nie, nama depan kitaorang je sama, belakang dah beza. :)

Kenapa kembar? Macam mana boleh jadi gitu? Pelbagai soalan? Sabar ye.. Fyrah gitau satu-satu :)

Al kisahnya macam nie, Fyrah tak berapa rapat dulu dengan Tasya, setakat tegur-tegur sikit, tanya itu, tanya ini dah cukup. Fyrah banyak tengok muka babyface dia yang kiut miut tu je, tapi segan nak tegur.. Dulu, masa mula-mula nampak Tasya, dia dalam kategori gadis ayu yang sopan awesome comel loteh gitu.. Gadis melayu terakhir lah dikatakan.. Apa tak nya, setiap kali orang tengok muka dia mesti senyum. Senyum semanis cokelet tu tak lekang dibibir biarpun masa tu dia berdiri macam tunggul kayu tak tegur sesapa melainkan yang p tegur dia dulu.. Haa.. tu dia, mahal tau senyuman semanis coleket tu, bukan senang nak nampak biarpun dia nie jenis yang suka dan murah sangat dengan senyuman. Yelah, senyum tu kan sedekah :)

Fyrah mula rapat dengan Tasya bila dapat tahu dia nie gadis Keningau, daerah yang pernah Fyrah jejakkan kaki dulu tuk sambung belajar.. Masa tu lar mula dah tanduk-tanduk nakal Fyrah bila berkongsi cerita dan pengalaman kat dia. Dapat tahu la jugak dia nie minat dalam bidang sastera a.k.a bahagian pantun je ye, sama ngan Fyrah. Dah la kongsi minat yang sama, fav colour pun sama. Purple gitu..~ Segalanya bermula bila dapat tugasan pertama tuk keja berkumpulan. Setiap kali buat tugasan mesti tunggu dia, jalan p kafe sesama, p tunggu bas sesama, p kelas sesama.. Semuanya sesama ~

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu Fyrah p ajak Tasya jumpa dengan kak Len, fasilitator kami masa kem bestari solat. Nak joinkan dia dalam Kelab Islah, dibawah Lajnah Dakwah. Katanya, nak sangat join, nak belajar, nak kenal lebih dalam.. Tak sia-sia sesi pujuk rayu sebelum jumpa kak Len hati dia dah lembut biarpun masa tu seram sejuk sebab takut kan apa Fyrah pun tak tahu. Disebabkan kitaorang nie sama kelab, sama lajnah, maka bermula lah cerita dimana kami kena suh datang tuk satu sesi taklimat Rehlah yang melibtakan semua lajnah. Entah apa merepek kami malam tu p pakai baju dan tudung yang sedondon serta padan.. Mula-mula tu tak de sapa yang perasan, buat tak tahu je sebab dah biasa sangat nampak muka kitaorang nie sama-sama. Sampai je kat tempat perjumpaan tu, semua akak-akak kat sana tegur.. " Eh, kembar ke?" .. Dua-dua terdiam.. Blank otak tak tahu nak jawab pa, senyum je lah jawabnya.

Sejak hari tu kitaorang digelar kembar.. P kafe kena cakap kembar, p pusat Islam kena cakap kembar, p blok Tasya kena cakap kembar, p blok Fyrah kena cakap kembar.. Haa.. tu lar rutin kitaorang tiap-tiap hari, sentiasa melekat dengan gelaran "kembar" tu. Bila sorang tak de, mesti ditanya " Mana kembar kau?" Seribu satu alasan lar kitaorang cakap.. Pelbagai alasan, pelbagai cara, pelbagai gaya.. Wahhh.. mantap ayat yang tak seberapa nie :P ayat zalora gitu.minta puji sat yee~ 

Tipu lah kalau Fyrah cakap kitaorang tak pernah gaduh, adat resam dalam adik-beradik, mahupun kawan, bahkan yang dah kahwin pun tetap akan ada pergaduhan kan? Alhamdulillah, kitaorang gaduh-gaduh tu tak lama, kejap je biarpun dah rasa seksanya tu :') Sekarang, Tasya dah tak sama-sama belajar dengan Fyrah. Dia dah pindah, sambung bahagian kejururawatan. Kenapa? Sebab Tasya lulus temuduga masa SPA8, tu yang berhenti belajar sama-sama Fyrah. Fyrah pula? Masih belajar kat tempat yang sama. Biaupun sekarang dah berjauhan, masing-masing dah ada laluan kerjaya yang berbeza, ada cara hidup yang berbeza, tapi hubungan kitaorang tak mungkin dan tak akan terlerai macam tu je. Banyak pengalaman yang kitaorang kongsi bersama sepanjang satu semester, banyak kenangan yang dah tersimpan dalam memori kitaorang. Suka duka pahit manis semua tu dah kitaorang rasa bersama. Kata orang, jauh perjalanan luas pandangan. Biarlah apa orang nak kata, Tasya dan Fyrah akan kekal macam nie, akan kekal sebagai kembar.. :)


Biar jauh di mata, 
Dekat di hati. 
Hubungan ini akan kekal abadi. 
Ukhuwah yang dibina tak akan berhenti.
Iringan doa sentiasa diberi,
Nama terukir sentiasa dihati,
Lekang di bibir tak mungkin di hati
Menemani diri di dalam sanubari.

* * *



                                                          



Sama tak? Sorry, memandangkan tak berapa berkenan ngan novel, snap picture pun jadilah.
Mahal tau gambar nie, sebab ada nama kitaorang.


Nurul Zafirah & Nurul Natasyah

^_^

No comments:

Post a Comment