Hari nie mood rajin tahap entah apa-apa p geledah segala macam website tapi tak p serbu mana-mana subtopik yang ada dalam tu pun. Entah apa mood hari nie, rajin bebenor. yelah tu rajin, abaikan~
Buka Facebook tadi, keluar bunyi cengkerik.. krik~krik~krik .. Haa.. Sunyi sepi memanjang yang teramat-amat sangat. Fyrah tak tau apa nak diserbu, apa nak digeledah, dan apa nak disergah.. Tetiba namppak satu post dari classmate Fyrah kat teknik dulu.
Masa.. Boleh undur balik ke???
Seandainya kita dapat undurkan masa.. Apa akan jadi dengan pengalaman kita? Kenangan kita macam mana pula? Akan jadi lebih baik atau tak? Lebih bermakna atau tak? Lebih bererti atau tak? Keadaan kita pada masa tu macam mana? Kehidupan kita macam mana? Keluarga kita macam mana? Diri kita sendiri macam mana? Pernah terfikir tak? Semua tu akan jadi persoalan dalam diri..
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson
Masa lampau itu lah yang menjadikan siapa kita sekarang. Masa lalu itu lah yang sebenarnya mendidik dan membina siapa kita yang sebenarnya. Masa itu ibarat aset kita, yang mengajar kita tentang kehidupan lampau, yang dedahkan pengajaran kesan kehidupan yang lalu. Seandainya lah kita dapat undurkan balik masa a.k.a terbalikkan masa a.k.a kembalikan masa, kita tak mungkin akan berdiri dan jadi siapa kita pada hari ini. Segala pengalaman kita tak mungkin akan menjadi sebaik yang kita lalui, kenangan kita tak mungkin kita akan sematkan dan selitkan didalam memori kita, yang akan kita ingat sampai bebila..
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
Bagi Fyrah sendiri, Fyrah tak mungkin dan tak akan minta a.k.a kembalikan a.k.a terbalikkan a.k.a kembali pada masa yang lalu atau lampau. Tak sanggup rasanya merasa pengalaman yang dah banyak mengajar erti hidup, yang dah banyak mengajar Fyrah bagaimana lawan dan kuat melayan perasaan sendiri. Kenangan yang lalu biarkan terus berlalu, jangan dikenang atau dikaitkan dengan kehidupan kita sekarang. Siapa kita pada masa lalu belum tentu sama dengan diri kita pada masa sekarang dan tak mungkin akan sama pada masa akan datang. Siapa tahu kan? Allahu'alam.
Ana akukum filislam. Wasalam.


No comments:
Post a Comment